Apa itu ‘TAUBAT’?
TAUBAT adalah kembali kepada Allah
setelah melakukan maksiat. TAUBAT marupakan rahmat Allah yang diberikan kepada
hamba-Nya agar mereka dapat kembali kepada-Nya.
Bagaimana cara nak berTAUBAT?
Islam itu mudah, TAUBAT tidaklah semestinya
kita duduk atas tikar sejadah, dimana-mana saja kita boleh TAUBAT setelah sedar
daripada melakukan maksiat.
TAUBAT is simple. *yang PENTING kesungguhan
kita untuk kembali kepada Allah.
First sekali MENYESAL dengan apa yang telah
kita lakukan.
Next, TINGGALKAN semua perbuatan keji.
Next, BERAZAM sapaya tidak mengulangi lagi.
Next, jika kesalahan dengan manusia perlu
minta maaf kepada tuannya.
Lastly,
berdoa kepada Allah supaya tetapkan hati kita.
“Ya
Allah, Tetapkanlah Hati Hambamu Yang Amat Lemah Ini, Beri Kekuatan Untuk
Kepadaku Untuk Menghadapi Ujianmu Serta Berjihad Melawan Nafsuku, Sesungguhnya
Engkaulah Yang Maha Kuasa Atas Segala Sesuatu”
--1--TAUBATlah, dengan beristighfar…
Rasulullah
S.A.W. sendiri sentiasa beristighfar lebih 70 kali setiap hari sedangkan
baginda merupakan seorang rasul yang maksum.
Malulah
kepada Rasulullah, jika tidak mampu untuk istighfar sedangkan setiap hari kita
membuat dosa.
Rasulullah
s.a.w bersabda yang bermaksud :
“Sesungguhnya
setiap penyakit itu ada ubatnya dan ubat kepada dosa ini adalah istighfar”
“Sesiapa
yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan
itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta
memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak
disangka-sangka.”(Riwayat Abu Daud)
--2--TAUBATlah, dengan medirikan solat sunat dua
rakaat iaitu solat sunat taubat.
*sebaik-baiknya lakukan pada setiap hari dengan
istiqomah.
Kenapa kita perlu berTAUBAT?
Kita masih diberi kesempatan untuk membaiki
diri. Gunalah peluang keemasan ini. Kita tidak tahu bila ajal kita, maka kita
perlu sentiasa bersiap sedia.
Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud :
"Orang yang bijak adalah orang yang mempersiapkan dirinya dengan beramal
untuk bekalan selepas matinya. Manakala orang yang tidak bijak adalah orang
yang mengikuti hawa nafsunya dan kemudian mengharap pertolongan Allah".
(HR Tirmizi)
Manusia itu memang lemah. Tiada manusia yang
tidak pernah melakukan dosa melainkan para rasul.
Rasulullah
s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Setiap adam membuat kesalahan, dan
sebaik-baik orang yang bersalah adalah orang yang berTAUBAT”
Kadang-kadang kita telanjur membuat maksiat
sedangkan kita telah pun berazam supaya tidak mengulanginya…. Jika perkara ini
berlaku kita jangan putus asa untuk berTAUBAT “SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA
PENGAMPUN”…. Itulah manusia, memang lemah… mintalah pertolongan Allah.
Dalam diri setiap manusia ada nafsu, melawan
nafsu itu merupakan satu cabang daripada cabang-cabang jihad fi bilillah… so,
janganlah kita putus asa untuk melawan nafsu. Ianya memang sukar bahkan ada
ulama’ katakan "Orang
yang berjaya mengalahkan nafsunya lebih kuat daripada orang yang menaklukkan
sebuah kota dengan seorang diri"
Bila waktu kita perlu berTAUBAT?
Ada orang yang salah anggap yang berTAUBAT
itu sekali seumur hidup iaitu TAUBAT nasuha.
Disebabkan anggapan inilah yang menyebabkan
berlaku penangguhan untuk berTAUBAT. Dengan itu kita tidak mahu bertaubat takut
mengulangi dosa yang sama.
TAUBAT itu bukan sekali seumur hidup tetapi
setiap hari kita bertaubat. Oleh kerana manusia itu lemah dengan tidak sengaja
kita melakukan dosa setiap hari.
Mungkin TAUBAT kali pertama tidak ikhlas,
tetapi kita masih diberi peluang untuk kali kedua dan kali yang keseterusnya
sebab ikhlas itu sendiri bukan perkara mudah, ianya agak sukar dan memang
memerlukan masa untuk sempurna.
$$$ Untuk menyempurnakan TAUBAT, kita
hendaklah:
- menambah ilmu.
- menambah amalan.
- sentiasa menambahbaikkan akhlak.
- maafkan kesalahan semua manusia kepada
kita.
- mempunyai rasa sayang
kepada semua orang.
No comments:
Post a Comment