§ Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.
§ Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.
§ Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.
§ Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.
§ Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.
§ Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).
§ Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.
§ Walaupun kaya, perlu bekerja.
§ Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi.
§ Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.
§ Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).
§ Menjauhi riba dalam semua lapangan.
§ Menyimpan untuk waktu kesempitan.
§ Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.
§ Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.
§ Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.
§ Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.
§ Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.
§ Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kesah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.
§ Dakwah berat tanggungjawab dan tugas – perlukan badan yang sihat dan kuat.
§ Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : “Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan”
§ Pesanan al-Banna:
“Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan”
7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
§ Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
§ Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.
§ Dai mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.
§ Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.
§ Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka “..Aku adalah makhluk baru.. menjadi saksi kepada manusia.”
§ Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan.
§ Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.
§ Da'i umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.
§ Da'i adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada dai.
§ Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.
§ Da'i merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.
No comments:
Post a Comment