Bismillahirrahmanirrahim... Dengan nama Allah saya membuka blog ini untuk menyebarkan risalah-risalah islam, insyaAllah. Saya harap semoga para pengunjung blog ini memperolehi banyak manfaat dan ilmu daripada blog ini. Saya mohon ampun sekiranya terdapat apa-apa kekurangan dalam blog ini.
Monday, 30 April 2012
Hijrah pemikiran ummah
Awal Muharam atau Maal Hijrah bukanlah perkara asing bagi seluruh umat Islam. Peristiwa ini cukup signifikan dalam konteks memacu kemajuan ummah menghadapi cabaran-cabaran dalam pelbagai bidang. Tanpa penghayatan dan memahami konteks hijrah masa kini, akan mengundang episod kegagalan kepada umat Islam sendiri. Persoalannya berapa ramai daripada kita yang benar-benar menghayati falsafah dan sejarah di sebalik peristiwa tersebut? Secara umumnya perayaan 1 Muharam ini merujuk kepada peristiwa agung sejarah hijrah (perpindahan) yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. bersama para pengikutnya dari Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Tarikh ini menjadi sebahagian daripada hari memperingati di dalam kalendar Islam kerana ia merupakan titik tolak kepada era pergerakan dakwah Islamiah yang disebarkan oleh Rasulullah s.a.w. ke seluruh pelosok dunia. Hasilnya sehingga ke hari ini Islam menjadi salah satu agama terbesar dunia dengan jumlah seramai lebih 1.3 bilion atau satu per lima daripada penduduk dunia. Perjalanan yang menempuh pelbagai cabaran ini bukanlah semata-mata kerana takutkan ancaman dan asakan daripada kaum kafir Quraisy tetapi menjadi strategi Nabi Muhammad s.a.w. sendiri untuk melalukan transformasi dakwahnya dan juga menjadi sebahagian ujian bagi umat Islam. Ia tidak akan berjaya tanpa perancangan bijak, teliti dan penuh berhati-hati. Ia juga tidak akan berjaya tanpa sifat pengorbanan untuk keluar dari tanah air sendiri semata-mata untuk memperjuangkan atas nama Islam. Hijrah juga akan gagal sekiranya umat Islam tidak bersatu padu, sentiasa bertelagah, mencari kesalahan dan hanya tahu mengkritik sahaja. Maknanya perpecahan hanya mengundang kegagalan dalam apa jua matlamat yang hendak dicapai lebih- lebih lagi melibatkan soal survival ummah. Jelas betapa hebatnya hijrah tersebut yang bukan hanya berfokuskan semata-mata menyampaikan dakwah tetapi Baginda s.a.w. berjaya mendirikan daulah (negara) Islam Madinah yang lengkap melalui pakatan murni atau kontrak sosial yang dimeterai dalam Perlembagaan Madinah. Ahli sejarah menganggap ia adalah satu perlembagaan bertulis yang pertama di dunia. Daripada hanya sebuah agama kecil akhirnya berkembang menjadi agama terbesar dunia. Daripada kelompok minoriti yang lemah menjadi majoriti yang perkasa dalam pelbagai bidang. Daripada umat yang lemah dan dihina beranjak kepada umat terbilang yang penuh penciptaan ketamadunan. Daripada bangsa yang jahil dan zalim menjadi bangsa berilmu dan beradab. Itulah hasil perubahan yang tercetus hanya kerana hijrah. Strategi dan pelan tindakan hijrah berkait rapat dengan bukti yang menunjukkan betapa lemahnya usaha manusia untuk menghancurkan Islam. Ini dapat dibuktikan dengan dalil daripada firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan ketika kaum kafir merancang untuk memenjarakan engkau, membunuh engkau atau mengusir engkau – mereka merancang dan Allah juga merancang. Dan Allah adalah sebaik-baik perancang.” (Al-Anfaal:30) Keyakinan Ayat tersebut antara lain menjadi kata perangsang kepada Nabi s.a.w. dan umat Islam agar tidak takut dengan ancaman orang kafir kerana Allah s.w.t. mengatasi segala perlakuan mereka. Namun begitu asas pertolongan Allah bukan diberikan dengan percuma, tanpa usaha dan ikhtiar yang bijak tetapi disertai dengan tahap keimanan dan keyakinan kepada Allah s.w.t. yang cukup hebat. Ketika umat Islam dilanda dengan pelbagai konflik dari sudut politik tanah air dan cengkaman kemiskinan yang sangat ganas, kita memerlukan satu anjakan untuk turut serta berhijrah dalam konteks pemikiran masa kini. Jangan hanya sekadar retorik dan berbangga dengan pencapaian keunggulan Islam pada zaman lampau. Malah kita harus bertanya apakah kita sekarang benar-benar dapat memastikan keunggulan Islam dinikmati untuk generasi akan datang dengan pencapaian kita selama ini? Hijrah bukanlah bermakna kita menjadi pelarian atau orang buangan dalam konteks hari ini. Skeptikal dan salah tanggapan itu sangat menyimpang daripada kehebatan hijrah itu sendiri. Dalam dunia kejahilan kaum kafir yang bersandarkan ideologi manusia semata-mata, kita menolak dakwaan bahawa umat Islam sentiasa mencari arah perlindungan kuasa besar yang lain atau menjadi pelarian ke negara-negara lain semata-mata untuk menyelamatkan diri. Kita tidak mengiktiraf pakatan jahat kafir Quraisy yang beria-ia hendak memburu dan menamatkan riwayat Nabi Muhammad s.a.w. ini kerana ia sangat bertentang dengan kebebasan hak asasi manusia yang tidak boleh dibunuh tanpa melalui sistem perundangan yang sah. Ia juga melambangkan betapa era kejahilan sangat berkuasa pada zaman dahulu yang menghuru-harakan sistem sosial manusia kerana tidak mempunyai panduan daripada wahyu. Nabi Muhammad s.a.w. tidak berdiam diri dan hanya menyerahkan kepada takdir semata-mata tanpa melakukan urusan dakwahnya dengan menggunakan metodologi yang sangat efektif. Apa pula strategi kita untuk terus menghadapi cabaran hari ini yang jauh lebih kompleks. Sering kali terpapar di dalam media bagaimana tragisnya kehidupan ummah yang penuh dengan kesengsaraan, kemiskinan, kedangkalan ilmu, kelemahan pencapaian ekonomi dan lebih menakutkan ialah peperangan saudara yang melahirkan lebih ramai pelarian. Di samping memastikan aspek keselamatan dan keamanan negara-negara yang didiami oleh umat Islam, kita harus meletakkan visi dan misi yang sarat dengan kebijaksanaan agar tidak kecundang di pertengahan jalan. Ia sangat menuntut kepada perpaduan dan menjauhi pertelingkahan, tuduhan melulu dan membuang perasaan iri hati sesama kita semua. Gantikanlah dengan semangat muhibah, toleransi, keazaman murni dan perilaku yang terbaik melambangkan keunggulan jati diri umat Islam melalui pelbagai bidang seperti pendidikan, penerokaan sains, kepesatan ekonomi negara dan kestabilan politik. Pastinya angka ini semakin bertambah dari semasa ke semasa hasil daripada usaha- usaha ke arah memartabatkan umat Islam dalam pelbagai lapangan kehidupan. Semoga mulai saat ini berazamlah kita semua agar tiada lagi masalah yang melanda umat Islam. Tiada lagi label keganasan yang dikaitkan dengan umat Islam, tiada kemiskinan yang menghambat negara-negara Islam, tiada lagi kepincangan sosial yang negatif, tiada lagi kedengaran semboyan peperangan. * RAHISAM RAMLI ialah Pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka (KTIAM).
Saturday, 28 April 2012
Lulus ujian dibalas syurga
SATU keistimewaan yang disediakan Allah kepada ahli tauhid dan mereka yang mengerjakan kebaikan ialah syurga, iaitu tempat kenikmatan bagi orang yang takut dengan sebenar-benarnya akan keagungan Allah, takut berdepan dengan Rabbul Jalil pada hari yang tidak berguna harta dan anak-pinak.
"Hari yang harta benda dan anak-pinak tidak dapat mem berikan pertolongan sesuatu apa pun, kecuali (harta benda dan anak pinak) orang yang dapat menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (daripada syirik dan penyakit munafik)." (as-Syu'arak:88-89)
Oleh kerana syurga adalah tempat yang istimewa, untuk masuk ke syurga juga bukanlah mudah, malah golongan yang layak masuk juga adalah golongan istimewa, sabar dengan ujian dan menempuh kehidupan dunia dengan istiqamah.
"Apakah kamu menyangka kamu akan masuk syurga se dangkan belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di kalangan kamu dan belum nyata orang yang sabar." (Aali Imran: 142)
Selepas diuji, hanya orang yang mempunyai ciri-ciri tertentu yang layak masuk syurga Allah. Antara nya yang dinyatakan dalam al-Quran ialah:
Iman - Iman ialah menyatakan dengan lidah, mem benarkan secara yakin dengan hati dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian dengan anggota badan, bahawa Allah itu ada, Maha Esa dan Allah bersifat dengan segala sifat kesempurnaan dan Maha Suci Allah dari sifat kekurangan.
Tanda seseorang itu beriman ialah hati mereka gementar apabila diingatkan mengenai Allah (iaitu hukum-hukumnya), iman mereka bertambah apabila dibacakan ayat Allah, mereka bertawakal kepada Allah, mereka hanya menyembah Allah serta mampu menegakkan yang hak dan kewajipan.
"Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatnya bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal." (al-Anfaal:2)
Amal kebaikan - Perbuatan baik atau amal soleh ialah melaksanakan dan memelihara ajaran agama Allah, tidak melakukan dosa dan jika melakukan dosa yang tidak sengaja segeralah memohon keampunan daripada Allah.
"Dan orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa mereka selain Allah. Dan mereka tidak menerangkan perbuatan kejinya itu sedangkan mereka mengetahui." (Ali Imran:135)
Soleh ialah orang yang mengerjakan segala amal usaha yang mendatangkan kebahagiaan untuk dirinya, untuk agamanya, bangsanya, tanah airnya, negaranya dan untuk manusia semuanya. Amal soleh ialah segala hal yang mendatangkan kebaikan dunia dan akhirat.
Takwa - Takwa ialah memelihara diri dari sesuatu yang lain atau takut kepada Allah dan beramal dengan mentaatinya. Menurut istilah syarak taqwa ialah menjunjung perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.
Dengan perkataan lain, takwa bermaksud meninggalkan semua larangan Allah dan melaksanakan segala peraturannya serta selalu taat kepadanya sesuai dengan kemampuan.
Allah memerintahkan hamba-Nya supaya melakukan ibadat untuk mendidik dan membersihkan jiwa dan melarang perbuatan maksiat untuk membersihkan kekotoran jiwa.
"Sesungguhnya orang yang bertakwa itu di dalam syurga (taman-taman) dan sungai-sungai, di tempat yang disenangi di sisi tuhan yang berkuasa." (al-Qamar:54-55)
Al-birr - iaitu melakukan kebajikan. Ertinya melakukan amal bakti atau kebajikan terhadap Allah mahupun ling kungannya. Orang yang melakukan kebajikan disebut sebagai “abrar”.
Golongan "abrar" mesti mengakui kebenaran wujud pen cipta iaitu Allah sebagai inti rukun iman. Demikian juga membenarkan dengan yakin terhadap rukun iman yang lain.
Al-birr juga bererti taat kepada kehendak Allah, baik melaksanakan perintah mahupun menjauhi larangannya. Ia juga bererti melakukan kebajikan dan derma, tidak berdusta, selalu menepati janji yang dibuat.
"Sesungguhnya orang yang berbuat kebajikan minum dari gelas yang campurannya ialah air kapur." (al-Insan:5)
Kapur ialah nama satu mata air di syurga yang airnya putih dan baunya sedap serta enak sekali rasanya.
Benar - benar ialah jujur atau bersikap benar. Orang yang jujur ialah orang yang menyatakan sesuatu sesuai dengan hakikat sebenar, tidak mengurangi atau menambah fakta sehingga orang yang mendengar akan memperoleh gambaran yang benar mengenai hal yang dinyatakan.
Kejujuran itu adalah kewajipan yang perlu ditaati sama ada dalam hubungan dengan Tuhan mahu pun hubungan sesama manusia.
Menyerah diri kepada Allah, tawakal dan taslim - Mak sudnya ialah menyandarkan diri kepada Allah dalam meng hadapi suatu kepentingan, bersandarkan kepadanya dalam waktu kesukaran, teguh hati ketika ditimpa bencana dengan jiwa yang tenang dan hati yang tabah.
Dengan pengertian lain - menyerah diri kepada qada' dan qadar selepas berusaha sekuat mungkin, sesuai dengan kewajipannya sebagai manusia.
Sabar - Orang yang sabar ialah orang yang teguh dan tahan menghadapi pengaruh hawa nafsu. Orang yang sabar juga tahan derita ujian dengan reda dan ikhlas serta berserah diri kepada Allah.
Islam memandang sabar adalah tiang iman, hiasan manusia dan jalan yang membawanya ke peringkat kehidupan yang tenang dan tenteram. Sabar adalah satu cara hidup golongan terawal terutama kalangan nabi dan ilmuan.
"Hanyalah disempurnakan orang-orang yang sabar itu balasan mereka tanpa hitung (iaitu syurga)." (az-Zumar:10)
Sunday, 22 April 2012
Hadis : Manusia Yang Dikasihi Dan Dibenci Oleh Nabi Saw
Hadis :
Rasulullah s.a.w bersabda, bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang paling aku kasihi di kalangan kamu dan orang yang paling dekat tempat duduknya denganku dihari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya. Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap perkara sia-sia, dan berlagak angkuh, sombong malah ia merasa bangga dengan kesombongannya." Para sahabat bertanya lagi, "wahai Rasulullah, sesungguhnya kami telah mengetahui maksud perkataan orang-orang yang suka bercakap banyak yang sia-sia, dan yang berlagak angkuh dan sombong, tetapi apakah maksud orang yang bangga dengan kesombongannya? Jawab Rasulullah "ialah orang yang takbur."
Riwayat at-Tarmizi
Huraian
1. Orang yang berakhlak mulia adalah orang yang paling dikasihi oleh Rasulullah dan diberi tempat yang paling dekat dengan baginda di hari kiamat nanti.
2. Bercakap-cakap kosong atau perkara-perkara yang sia-sia dan membuat fitnah adalah perbuatan yang dilarang oleh agama kerana ia tidak mendatang apa-apa kebaikan bahkan bakal mengundang azab di hari akhirat kelak.
3. Islam juga melarang umatnya bersifat membangga diri dan memandang rendah serta menghina orang lain tetapi hendaklah bersifat tawaduk dan rendah diri demi menjaga hati dan perasaan orang lain.
BAB 3 : SABAR DAN SAKIT
Barangsiapa ingin selamat daripada azab Allah, mendapatkan pahala dan rahmatNya dan masuk ke Syurga-Nya, hendaklah dia menahan nafsu daripada segala keinginan dunia, di samping sabar atas segala kesulitan dan musibahnya. Allah menyukai orang-orang yang sabar. Sabar mempunyai banyak macam. Sabar melaksanakan perintah (taat). Sabar meninggalkan larangan-larangan-Nya. Dan sabar ketika mendapat bencana. Barangsiapa bersabar kerana taat, maka pada hari Kiamat Allah akan memberikannya tiga ratus darjat di Syurga. Tiap-tiap darjat itu berjarak langit dan bumi. Dan barangsiapa sabar meninggalkan larangan Allah, maka pada hari Akhirat Allah akan memberinya enam ratus darjat. Tiap darjat antara langit dan bumi ke tujuh. Adapun orang yang sabar atas bencana dan musibah, maka pada hari Akhirat Allah akan memberinya tujuh ratus darjat di Syurga. Tiap-tiap darjat di antara Arasy dan Tsura.
Dirawikan daripada Nabi SAW, sesungguhnya baginda bersabda, Allah telah berkata:
"Barangsiapa ditimpa bencana, lalu dia mohon perlindungan daripada-Ku, pasti Aku memberinya sebelum dia meminta. Dan barangsiapa ditimpa bencana, lalu dia meminta perlindungan kepada makhluk, pasti Ku-tutup semua pintu langit baginya."
Maka bagi orang yang berakal wajiblah dia bersabar atas bencana yang menimpa. Tidak ragu atau mengadu (kepada makhluk). Maka dia akan selamat daripada seksa dunia dan Akhirat. Sesungguhnya bencana yang paling pedih hanya menimpa para nabi dan para wali.
Junaid al-Baghdadi ra telah berkata, "Bala merupakan pelita orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lengah (lupa). Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan sabar."
Rasulullah SAW juga bersabda,
"Barangsiapa sakit semalam, dia sabar dan rela kepada Allah, maka bersih daridapa dosa bagaikan ketika dia lahir dari perut ibunya. Jika engkau sakit, janganlah segera meminta sembuh."
Telah berkata Adl Dlahak ra, "Barangsiapa tidak diuji antara tiap-tiap empat puluh hari dengan suatu bala,kedudukan atau musibah, maka tidak ada kebaikan baginya di sisi Allah."
Daripada Muaz bin Jabal ra, belia berkata, "Ketika Allah menguji hampa yang mukmin dengan suatu bencana, Dia berkata kepada (Malaikat) pencatat amal buruk, "Hapuskan catatan daripadanya." Dan berkata kepada (Malaikat) pencatat amal buruk, "Hapuskan catatan daripadanya." Dan berkata kepada pencatat amal baik, "Tuliskan untuk hamba-Ku yang lebih baik daripada apa yang dia perbuat."
Tersebut pula dalam sebuah Hadis. Daripada Nabi SAW, baginda bersabda,
"Ketika seorang hamba sakit, Allah mengutus dua Malaikat kepadanya, seraya berkata, "Lihatlah kalian apa kata hambag-Ku. Jika aku mematikannya, memasukkan dia ke Syurga. Dan jika aku menyembuhnya, Ku ganti dia daging yang lebih baik daripada dagingnya serta darah yang lebih baik daripada darahnya. Dan Aku hapuskan pula keburukannya."
Tersebut dalam kisah. Ada salah seorang lelaki fasik daripada Bani Israel. Orang sekampung tidak dapat lagi membendung kefasikannya. Mereka mengadu kepada Allah. Lalu Allah memberi wahyu kepada Nabi Musa as bahawa di antara Bani Israel itu ada seorang pemuda. Kemudian Musa mengusir pemuda itu dari kampung mereka. Sehingga mereka tidak terjilat api (Neraka) oleh kefasikannya. Maka pergilah pemuda itu ke suatu kampung. Kemudian Allah SWT memerintahkan lagi agar Nabi Musa as mengusirnya. Maka dia mengusir pemuda itu. Sehingga pemuda itu pergi ke suatu tempat yang tidak terdapat manusia, tanaman, binatang liar atau burung. Di situlah dia sakit dan tidak ada pula yang menolong. Dia jatuh ke tanah, Dia meletakkan kepalanya sambil berkata, "Kalaulah kelapaku ini dibangku oleh ibuku, tentulah dia mengasihiku. Tentulah dia menangis meratapiku. Kalaulah ayahku ada di sini, pastilah dia akan menolong dan merawatku. Kalaulah isteriku ada di sini, tentu akan menangisi kematianku. Jika anak-anakku ada, tentulah mereka akan tersedu-sedu mengiringkan jenazahku, lalu mereka akan berdoa, "Ya Tuhan, ampunilah ayahku ini. Yang lemah, fasik, derhaka, yang teusir dari kota kampung dan dari kampung ke padang yang gersang. Yang keluar dari dunia ke Akhirat tanpa harapan suatu apa pun. Ya Allah Engkau telah memisahkan aku dari orang tuaku, anak-anakku dan isteriku. Namun janganlah Engkau pisahkan aku daripada rahmat-Mu.
Sesungguhnya Engkau telah membakar hatiku sebab berpisah dengan mereka. Namun janganlah engkau bakar hati ini dengan Neraka-Mu kerana kemaksiatanku." Kemudian Allah mengutuskan bidadari menjelma menyerupai ibunya. Dan bidadari lain menjelma menjadi isterinya. Begitu ghilman (anak-anak Syurga) menjelma sebagai anak-anaknya. Serta mengutus Malaikat seolah-olah menjadi bapanya. Mereka duduk disisinya dan meratapinya. Lalu lelaki itu berkata, "Sesungguhnya ini ibu bapaku, isteriku, anak-anakku telah hadir di sisimu." Maka legalah hatinya sehingga pulang ke rahmatullah dengan suci terampun dosanya. Kemudian Allah memberi wahyu kepada Nabi Musa, "Pergilah ke suatu padang di sebuah tempat si sana. Di situ telah mati seorang wali. Maka hadir dan uruslah dia!" Ketika Musa as datang di tempat itu, beliau melihat pemuda yang diusirnya dari kota dan dari kampung dengan perintah Allah. Juga baginda lihat para bidadari mengerumuninya. Lalu baginda berkata, "Ya Tuhanku, bukankah ini pemuda yang aku usir dari kota dan dari sebuah kampung atas perintah-Mu?" Allah berkata, "Wahai Musa, sesungguhnya Aku telah merahmatu dan mengampuninya. Sebab dia meratap ditempatnya. Dia tinggalkan kampung halamannya, kedua orang tuanya, bahkan anak-anak dan isterinya. Maka Aku utus para bidadari menjelma sebagai ibu dan isterinya, Malaikat sebagai bapanya. Mereka mengasihi kepedihan dan pengasingannya. Sesungguhnya jika orang meninggal di tempat jauh, maka ahli bumi dan ahli langit akan menangis mengasihaninya. Lalu bagaimana Aku tidak mengasihinya sedangkan Aku Maha Pengasih?"
Jika seseorang menghadapi sakaratul maut di permusafiran, Allah akn berkata, "Wahai Malaikat-Ku, ini adalah orang asing sedang bermusafir. Dia meninggalkan anak dan isteri dan orang tuanya. Jika dia mati tiadalah yang menangis dan meratapinya." Kemudian Allah menjadikam seorang Malaikat menyerupai bapanya, seorang lagi menyerupai ibunya, seorang lagi menyerupai anaknya dan seorang lagi menyerupai keluarganya. Mereka masuk dan membukakan matanya. Sehingga dia melihat orang tua dan keluarganya. Senanglah hatinya. Sehingga dia menghembuskan nafas terakhir dengan tenang dan bahagia. Kemudian ketika jenazahnya diusung, mereka menghantarkan ke kubur dan mereka mendoakan sampai hari Akhirat.
"Allah Maha Halus (penyantun) kepada hamba-hamba-Nya..." (Asy-Syura: 19)
Ibnu Aththok berkata, "Akan terbukti keteguhan dan kebohongan seorang hamba sewaktu berlakunya bencana mahukan kemakmuran. Barangsiapa bersyukur di saat makmur, tetapi mengeluh bila ditimpa bencana, jelas dia orang yang dusta. Meskipun orang yang mempunyai segudang ilmu, tetapi mengeluh jika terkena angin bencana, sungguh tidak berguna ilmu dan amalannya. Allah telah berfirman dalam Hadis qudsi:
"Barangsiapa tidak rela dengan keputusan-Ku dan tidak syukur pula dengan pemberian-Ku, hendaklah dia cari Tuhan selain Aku!"
Wahab bin Munabbah bercerita: Ada seorang nabi telah menyembah kepada Allah selama lima puluh tahun. Kemudian dia mendapat wahyu dari Allah mengatakan, "Aku telah mengampunimu." Dia bertanya, "Mengapa Engkau mengampuniku sedangkan aku tidak pernah berdosa?" Kemudian Allah memerintahkan agar sebatang pohon menimpanya sehingga dia kesakitan dan tidak tidur semalam suntuk. Kemudian dia mengadukan perihalnya itu kepada Allah. Maka pohon itu berkata, "Sesungguhnya Allah berkata kepadamu bahawa ibadah lima puluh tahun itu belum cukup untuk menebus keluhan itu."

Wednesday, 18 April 2012
BAB 2 : MENANGIS KERANA TAKUT KEPADA ALLAH SWT
Telah berkata Abul-Laits ra:
“Sesungguhnya Allah mempunyai para Malaikat di langit tujuh bersujud sejak Allah menciptakan mereka sampai hari Kiamat. Mereka takut menderhakai Allah. Ketika hari Kiamat mereka mengangkat kepala, seraya berkata: “Maha Suci Engkau. Kami telah menyembah Engkau sesungguhnya. “Demikian inilah yang tersebut dalam firman Allah:
“Mereka itu (Malaikat) takut kepada Tuhan di atas mereka dan mereka memperbuat apa-apa yang yang disuruh.” (Q.S. An-Nahl:50)
Rasulullah SAW barsabda:
“Ketika tubuh seorang hamba bergetar kerana takut kepada Allah, berguguranlah doasanya bagaikan dedaun jatuh dari pohonnya.”
Diberitakan: Ada lelaki jatuh hati kepada seorang wanita. Ketika wanita itu keluar untuk suatu keperluannya, maka pergilah lelaki itu bersamanya. Sesampai di kampong yang sunyi ketika orang-orang sudah tidur. Lelaki itu menyampaikan maksud hatinya. Si wanita itu pun menyahut, “Lihatlah apakah orang-orang tidur semuanya?” Dengan demikian lelaki itu mengira bahawa maksud hatinya hendk dikabulkan. Dia mengelilingi kawasan itu dan meliht-lihat sejenak. Setelah jelas orang-orang telah tidur, segera dia menghampiri wanita seraya berkata, “Benar semua orang telah tidur.” Lalu wanita itu bertanya, “Bagimanakah pendapatmu dengan Allah? Apakah saat ini Dia juga tidur?” Lelaki tersebut menjawb, “Sesfunggguhnya Allah tidak pernah tidur.” Wanita itu lalu berkata lagi, “Sesungguhnya Zat yang tidak pernah tidur akam melihat kita meskipun manusia sedang tidur lelap tidak melihat kita. Oleh kerananya Dia lebih berhak kita takuti.” Dengan segera lelaki itu meninggalkan perempuan itu kerana dia takut kapada Allah. Dia pulang ke rumahnya dan bertaubat. Setelah dia meninggal dunia, ada seorang bermimpi bertemu dengannya. Lalu ditanya,”Apakah yang dilakukan oleh Allah kepadamu?” Lelaki itu menjawab: “Allah telah mengampuniku kerana ketakutanku dan meninggalakan dosa itu.”
Hikayat: Di dalam golongan Bani Israel ada seoran lelaki abid yang menanggung keluarga yang ramai. Dia ditimpa kecelakaan yang menyulitkan dia mencari pendapatannya sehinggga dia tidak mampu berbuat apa-apa. Dia memerintahkan isternya agar mencari sesuatu untuk menanggung keluarganya. Kemudian perempuan itu dating ke rumah seorang kaya dan meminta sedikit makanan untuk keluarganya. Orang kaya itu berkata, “Baiklah. Tapi serahkan dirimu untuk barang sebentar.” Prempuan itu terdiam dan segera pulang ke rumahnya. Apabila pulang melihat anak-anaknya merengek-rengek, “Ibu, kami akan mati kelaparan. Berilah kami makanan.” Hatinya tidak tertahan. Dia kembali ke rumah orang kaya tadi dan ceritakan perihal keluarganya. Lalu orang kaya itu bertanya, “Apakah engkau bersetuju dengan permintaanku?” Perempuan itu mengangguk.
Namun ketika berada dalam bilik yang sunyi itu, tubuh perempuan itu menggeletar seolah-olah seluruh anggota badannya hendak terlepas. Maka orang kaya itu bertanya, “Mengaapakah engkau melakukan demikian?” Perempuan itu menjawab, “Sebenarnya aku takut kepada Allah.” Kemudian orang kaya berkata, “Engkau takut kepada Allah bersama dengan kefakiranmu. Maka semestinya aku lebih takut daripada engkau.” Segera dia menghentikan keinginannya terhadap perempuan itu. Diberikannya apa yang diminta oleh perempuan itu. Dan perempuan itu pulang membawa nikmat yang melimpah, sehingga keluarganya menjadi senang. Kemudian Allah memberi wahyu kepada Nabi Musa as: “Katakanlah kepada fulan bin fulan. Aku telah mengampuni dosanya.” Lalu Nabi Musa as datang kepada orang kaya itu seraya berkata, “Barangkali engkau telah berbuat suatu kebaikan antara engkau dan Allah.” Lalu orang kaya itu menceritakan apa yang telah berlaku dan Nabi Musa as berkata, “Sesungguhnya Allah telah mengampuni dosa-dosamu…” Demikianlah tersebut dalam kitab ‘Majma’ul Lathaif’.
Dirawikan daripada Nabi Muhammad SAW, baginda bersabda:
“Sesungguhnya Allah telah berkata. “Aku tidak mengumpulkan pada hamba-Ku dua ketakutan dan dua keamanan. Barangsiapa takut kepada-Ku di duni, Aku amankan di Akhirat. Danbarangsiapa (merasa) aman dari-Ku di dunia, Aku takutkan dia di Akhirat.”
Allah SWT berfirman:
“Maka janganlah engkau takut kepada menusia dan takutlah kepada-Ku.” (Al-Maidah: 44)
Dalam ayat lain Allah berfirman:
“Janganlah engkau takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku.” (Ali-Imran: 175)
Pernah pada suatu ketika Umar bin Khathab jatuh pengsan, manakala mendengar ayat Al-Qur’an dibaca. Kemudian pada suatu ketika dia mengambil sepotong kayu sambil berkata, “Sekiranya aku menjadi kayu, tidaklah aku menjadi seperti ini. Dan jika sekiranya ibuku tidak tidak melahirkanku.” Beliau menangis teresak-esak. Air matanya mengalir membasuhi pipinya. Sehingga pada mukanya ada garis hitam bekas air mata. Sehingga Rasulullah SAW pernah mengatakan,
“Api (Neraka) tidak akan menjilat orang yang pernah menangis kerana takut kepeda Allah SWT. Sehingga air susu kembali ke buah dada.”
Tersebut di dalam ‘ Bidayatul Hidayah’:
“Manakala hari Kiamat, didatangkan api yang bergemuruh. Hingga menggetarkan hati setiap umat. Ketika mereka mendekatinya, gemuruh semakin keras. Hingga terdengar dari jarak perjalanan lima ratus tahun. Setiap orang sehingga para nabi berkata. “Nafsi-nafsi” (sendiri-sendiri). Kecuali Nabi Muhammadi SAW. Baginda berkata. “Umat-umatku”. Kemudian keluarlah api bagaikan gunung. Umat Muhammad berusaha menolaknya sambil berkata, “Demi orang-orang yang bersolat. Demi orang-orang shiddiq. Demi orang-orang yang khusyuk. Dan demi orang-orang yang berpuasa. Kembalilah engkau wahai api!” Tetapi api itu tidak juga kembali. Jibril as berkata, “Sesungguhnya api hendaklah membakar umat Muhammad.” Lalu ia datang kepada Nabi Muhammad SAW dengan membawa segelas air sambil berkata, “ Ambillah air ini. Percikkan ia ke api itu!” Kemudian Nabi Muhammad SAW memercikkan kea pi itu. Dan seketika itu api menjadi padam. Lalu Nabi bertanya, “Air apakah ini?” Jibril as berkata, “ Itulah air mata umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah dan sekarang aku diperintahkan untuk memberikan air itu kepadamu supaya engkau memercikkan ke api sehingga padam dengan izin Allah.”
Rasulullah SAW seringkali berdoa:
“Ya Allah, berikanlah aku rezeki dua mata yang menangis kerana takut kepada Engkau sebelum air mata ini habis.”
Diceritakan daridapa Muhammadi bin Munzir ra. Manakala menangis, beliau mengusapkan air mata ke muka dan janggutnya sambil berkata, “Telah aku dengar bahawa api tidak akan menjilat muka yang basah oleh air mata. Maka sayugianya orang mukmin takut akan seksaan Allah serta menahan dirinya daripada nafsu dan syahwat. Allah telah berfirman:
“Maka barangsiapa yang derhaka. Dan mengutamakan hidup di dunia. Maka sesungguhnya nerakalah tempat diamnya. Adapun orang yang takut akan kebesaran Tuhannya dan menahan dirinya daripada hawa nafsunya. Maka sesungguhnya Syurgalah tempat diamnya.” (An-Nazi’at: 37-41)
Barangsiapa ingin selamat daripada azab Allah serta mendapatkan pahala dan rahmat-Nya, hendaklah dia sabar atas kesulitan dunia, taat kepada Allah serta jauhi maksiat.
Dalam kitab Zahrir Riyadh, Syurga, mereka disambut oleh para Malaikat dengan segala kebaikan dan kenikmatan. Dipersilakan untuk mereka singgah-sana berparmaidani indah. Disajikan untuk mereka segala rupa makanan dan minuman yang lazat. Oleh itu mereka menjadi kehairanan.Kemudian Allah berfirman, “Wahai hamba-hamba-Ku mengapakah engkau hairan? Ini bukan tempat untuk merasa hairan.” Mereka menjawab, “Janji untuk kami telah tiba waktunya.” Malaikat menjawab, “Wahai Tuahanku, bagaimana dapat melihat Engkau? Sedangkan mereka itu derhaka.” Allah berfirman lagi, “Bukakan tabir! Sesungguhnya mereka telah berzikir, bersujud dan menangis di dunia kerana ingin berjumpa dengan-Ku.” Lalu Malaikat membukakan tabir. Sehingga mereka dapat melihat. Maka dengan segera mereka bersujud kepada Allah. Tetapi Allah berfirman, dirawikan dari Nabi SAW, sesungguhnya baginda bersabda:
“Ketika telah masuk ahli “Angkatlah kepalamu. Ini bukan tempat beramal. Melainkan tempat keramat (kemuliaan).” Kemudian mereka Nampak Allah dengan tanpa kaifiyah. Dia berkata kepada mereka, “Salam sejahtera bagi engkau wahai hamba-hamba-Ku. Aku redha kepadamu. Apakah engkau telah redha kapada-Ku?” Mereka menjawab, “Bagaimana kami tidak redha wahai Tuhan kami. Engkau telah memberi kami sesuatu yang belum pernah dilihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telingar bahkan belum pernah terlintas dalam hati manusia.” Inilah yang dimaksudkan firman Allah:
“Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada-Nya.” (Al-Baiyinah: 8)
Dan firman Allah berbunyi:
“(Dan ucapan) selamat perkataan daripada Tuhan yang Pengasih.” (Yasin: 58)

Sunday, 15 April 2012
Hadis : Hebatnya Penghuni Syurga
Hadis :
Dari Abu Hurairah r.a:"Rasulullah SAW bersabda:"Golongan yang pertama sekali masuk syurga wajahnya adalah seperti bulan purnama. Dan orang yang masuk sesudah itu seperti bintang yang sangat terang cahayanya. Hati mereka sebagai hati satu orang (bersatu) tidak pernah berselisih dan benci-membenci antara sesama mereka. Tiap-tiap seorang di antara mereka mempunyai dua orang isteri. Masing-masing di antara kedua isteri itu tampak sumsum betisnya dari belakang dagingnya kerana sangat indahnya." (Bukhari)
Huraian :
Kita sekarang dihidupkan oleh Allah di muka bumi dan selepas itu kita akan dikembalikan ke salah satu daripada dua negeri yang kekal abadi iaitu syurga atau neraka. Allah sudah menyatakan di dalam Al-Quran, tentang betapa nikmatnya kehidupan dan pengalaman manis di syurga. Begitu juga dijelaskan betapa azabnya kehidupan dan pengalaman ngeri di neraka. Sebagai makhluk yang diberikan kesempurnaan akal fikiran, manusia boleh berfikir kesan dan risiko yang bakal diterima akibat dari sesuatu tindakannya kerana setiap sesuatu itu ada sebab-musababnya. Allah masukkan seseorang ke syurga kerana dalam hidupnya di dunia ini, dia memilih jalan ke syurga. Begitu juga Allah masukkan seseorang itu ke neraka kerana dalam hidupnya dia sengaja memilih jalan ke neraka. Maka terpulang kepada kita hendak mengikuti jejak ke syurga atau jejak ke neraka

Monday, 9 April 2012
Ciri-ciri isteri solehah
Ciri-ciri isteri solehah
- Mengakui dan menerima kenyataan bahawa suami ialah ketua di dalam kepimpinan keluarga sesebuah rumah tangga.
Tiada siapapun boleh menyangkal bahawa suami telah diberikan kelebihan satu darjah daripada isteri.
Satu kurniaan Allah yang meletakkan suami bertanggungjawab menjaga serta mengawal keselamatan dan kesejahteraan perjalanan hidup keluarganya di dunia dan di akhirat serta suami wajib memberi nafkah isteri dan anak-anaknya.
Firman Allah: Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. (An-Nisa: 34).
- Memberi keutamaan hak suami kerana bagi seorang isteri tidak ada hak yang lebih utama kepadanya selain hak suami.
Aisyah r.a. pernah bertanya kepada Rasulullah mengenai hak siapakah yang lebih utama diberikan oleh seorang isteri. Rasulullah s.a.w. menjawab, suaminya. Apabila ditanya mengenai hak siapakah yang lebih utama diberikan oleh suami. Baginda menjawab, ibunya. (Hadis riwayat Hakim).
- Bersifat amanah iaitu menjaga maruah diri sendiri sebagai isteri dan menjaga maruah suami terutama di dalam perkara-perkara rahsia peribadi dan rumah tangga. Isteri ialah orang yang paling hampir kepada suami yang tahu segala kekurangan dan kelemahan suaminya. Membuka rahsia suami atau menyebarkannya akan menjejaskan kewibawaan suami, sekali gus menggugat keharmonian rumah tangga kerana suami telah hilang kepercayaan terhadap isteri.
- Bijaksana mentadbir harta benda suami tanpa membazirkannya. Jangan meminta sesuatu yang di luar kemampuannya kerana hal yang demikian akan menyebabkan tekanan dan ketegangan di dalam kehidupan suami.
- Sentiasa bersedia untuk menggembirakan hati suami, sama ada dengan tingkah laku yang menawan, tutur kata yang menjadi penawar serta perhiasan diri zahir dan batin.
Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin (suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Allah azza wa jalla selain isteri yang solehah. Apabila suami menyuruhnya, ia mentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya. Sekiranya suami bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila ia keluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah suaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan cara berjimat cermat membelanjakannya. (Riwayat Ibnu Majah).
Isteri wajib mentaati perintah suaminya selagi ia tidak bertentangan dengan kehendak Islam. Tetapi sayangnya ramai di kalangan suami yang menyalahgunakan pengertian taat ini. Mereka mengambil kesempatan untuk membebankan isteri dengan pelbagai hal yang tidak wajar.
- Berusaha menambah ilmu pengetahuan dan mempertingkatkan nilai-nilai akhlak yang murni supaya sejajar dengan petunjuk yang diarahkan oleh Islam mengenai sahsiah seorang isteri yang seharusnya dipilih oleh suami.
Sabda Rasulullah s.a.w., Seorang wanita itu dinikahi kerana salah satu daripada sifat-sifat utamanya; kejelitaannya, hartanya, akhlaknya dan agamanya. Hendaklah kamu memilih wanita yang memiliki agama dan akhlak, kamu akan beruntung kelak. (Riwayat Ahmad).
- Mempunyai sifat redha, yakin diri serta tawakal kepada Allah untuk menghadapi sebarang masalah dan cabaran hidup berkeluarga selaras dengan firman Allah, Bergaullah dengan isteri-isteri kamu menurut cara yang wajar dan baik. Sekiranya kamu berasa tidak senang disebabkan perangai mereka, bersabarlah mungkin dalam perkara yang kamu tidak suka itu Allah menjadikan kebaikan yang banyak. (An-Nisa: 19).
Walaupun ayat ini ditujukan kepada suami, pengajaran yang terkandung amat perlu menjadi panduan kepada para isteri. Setiap orang hendaklah menyedari hakikat bahawa tiada seorang pun yang cukup sempurna dalam segala aspek. Oleh kerana itu kita perlu berusaha memperbetulkannya dan menyelesaikannya.
Rasulullah memberi panduan, Janganlah seorang suami yang mukmin membenci isteri yang mukminah disebabkan tingkah lakunya. Jika ia tidak berkenan kepada satu daripada tingkah lakunya, tentu masih ada tingkah lakunya yang lain amat disenanginya. (Hadis sahih).
- Membantu dan menolong suaminya agar menjadi anak yang sedia berbakti kepada kedua-dua ibu bapanya, lebih-lebih lagi ibunya yang telah lanjut usia, uzur dan miskin kerana tanggungjawab anak lelaki lebih berat dan lebih utama terhadap kedua-dua ibu bapanya.
- Bersedia menjadi penyokong kuat kepada perjuangan suaminya iaitu perjuangan yang tidak menyimpang dari garis-garis yang dibenarkan oleh Islam.
Sabda Rasulullah s.a.w., Allah memberi rahmat kepada seorang isteri yang jika ia bangun malam dan solat, ia membangunkan suaminya supaya sembahyang bersamanya. Tetapi sekiranya suaminya enggan, direnjiskan air ke muka suaminya dengan penuh kasih sayang.
- Berusaha menjadi ibu yang baik, bertanggungjawab mendidik dan mengasuh anak-anaknya menjadi baik dan dapat melaksanakan hukum-hakam agama, berakhlak mulia sehingga menjadi teladan kepada orang ramai.
Inilah sebahagian daripada sahsiah isteri yang seharusnya ada pada setiap wanita untuk mencapai kesempurnaan hidup berkeluarga dan mendapat keredhaan Allah yang diharapkan oleh setiap suami seperti doa Nabi Daud a.s.: ``Ya Allah, aku mohon kepada-Mu dikurniakan seorang isteri yang solehah, yang dapat membantuku menyelesaikan urusan duniaku dan urusan akhiratku.''

Friday, 6 April 2012
Tips murah rezeki
REZEKI ialah apa yang dapat dimanfaatkan manusia sama ada halal atau haram,baik atau buruk. Harta pemberian Allah SWT merupakan rezeki yang dapat dimanfaatkan kerana ia memberi kemudahan hidup dan kemudahan untuk beribadah.
Pengertian rezeki bukan sahaja berupa harta. Apa yang disedekahkan kepada makhluk Allah lainnya adalah rezeki. Kesihatan, pandangan mata yang terang, kemurahan hati dan ketenangan juga adalah rezeki.
Tips Murah Rezeki:
1. BERSEDEKAH
orang yang pemurah(suka bersedekah, menderma, menolong orang)Allah SWT murahkan rezekinya.Berdasarkan ayat al-Quran yang bermaksud:
"perumpamaan mereka yang mendermakan harta bendanya di jalan Allah, ibarat menanam sebiji benih akan menumbuhkan tujuh pokok dan tiap-tiap pokok (membuahkan) seratus biji, dan Allah selalu melipat gandakan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki,dan Allah Maha Luas (anugerah-Nya) lagi Maha Mengetahui"
(Al-Baqarah:261)
2. MEMPERBANYAKKAN ISTIGHFAR DAN TAUBAT
salah satu sebab penting dan memudahkan datangnya rezeki adalah "istighfar" dan "taubat".
3. MEMILIKI SIFAT TAQWA
sifat taqwa adalah "menahan diri dari dosa" iaitu meninggalkan segala larangan.
Dalil menunjukkan taqwa dan kunci murah rezeki:
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan menggandakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki yang tiada disangka-sangka"
(At-Talaq:2-3)
4. BERTAWAKAL
5. MENYEMPATKAN DIRI UNTUK BERIBADAH
Maksudya, bukan hanya beribadah sahaja tanpa bekerja. Tetapi memperuntukan waktu untuk beribadah dalam kesibukan bekerja.
6.MENGERJAKAN IBADAH HAJI DAN UMRAH
Melaksanakannya adalah termasuk amalan yang Allah jadikan sebagai kunci pembuka rezeki. Imam An-Nasa'i meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a dia berkata bahawa Rasulullah bersabda:
"Ikutkan antara haji dan umrah, sesungguhnya keduanya menghapuskan kefakiran dan dosa-dosa sebagaimana dapur api membersihkan kotoran besi"
7.BERSILATURRAHIM
8.BERHIJRAH DIJALAN ALLAH
Ertinya, berhijrah di jalan Allah ialah keluar daripada kekufuran kepada jalan keimanan.
9.BERBUAT BAIK KEPADA ORANG-ORANG YANG LEMAH
10.MENDERMA KEPADA PARA PENUNTUT ILMU AGAMA
11.MENGAMALKAN AYAT SERIBU DINAR
Thursday, 5 April 2012
BAB 1 : TAKUT KEPADA ALLAH SWT
Sesungguhnya Malaikat, langit, bumi, siang dan malam. Pada hari Kiamat, mereka sebagai saksi atas apa-apa yg dilakukan oleh manusia. Baik @ buruk, taat atau maksiat. Bahkan seluruh anggota badan akan mempersaksikannya. Bumi memberi kesaksian bagi mukmin & zahid, seraya berkata, "Dia telah bersolat, berpuasa, berhaji & berjihad di atasku." Maka legalah org mukmin & zahid itu. Ia memberikan juga kesaksian atas org kafir & org derhaka sambil berkata, "Di atasku dia telah musyrik, berzina, minum arak dan makan haram." Bumi itu akan membantah pengelakannya ketika dihisab.
Org mukmin adalah org yg takut kpd Allah & seluruh anggota badannya. Sebagaimana Abul-Laits telah berkata, "Tanda-tanda takut kpd Allah itu kelihatan dlm 7 perkara."
1. Pada lisannya. Dia menghindarkan drp dusta, ghibah, menyebar fitnah, berbual kosong & banyak bercakap. Malah menyibukkan diri dgn zikir, membaca Al-Qur'an & muzakarah ilmu.
2. Pada hatinya. Dia membuang rasa permusuhan, kebodohan & kedengkian terhadap sahabatnya. Lantaran kedengkian dpt menghapuskan kebaikan. Sebagaimana Rasulullah SAW telah bersabda; "Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu.'" Ketahuilah bahawa hasad itu penyakit hati yg amat berbahaya. Tidak ada ubat untuk penyakit hati selain dari ilmu & amal.
3. Pada pandangannya. Maka dia tidak suka memandang pd makanan, minuman, pakaian @ hal-hal lain yg haram. Tidak pula terpikat pd dunia. Tetapi dia memandangnya dgn mengambil iktibar. Rasulullah SAW telah bersabda; " Barangsiapa memenuhi matanya dgn perkara haram, maka Allah akan memenuhinya drp api pd hari Kiamat."
4. Pada perutnya. Maka perutnya tidak diisi barang yg haram. Itu dosa besar. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda; " Manakala sesuap drp barang haram masuk ke perut seseorg, maka seluruh Malaikat di langit & di bumi melaknatinya selama sesuai @ seteguk barang itu berada di dalam perutnya. Jika dia mati dlm keadaan demikian, maka tempatnya di Neraka."
5. Pada kedua tangannya. Dia tidak menggunakan untuk perkara yg haram. Tetapi hanya menggunakannya utk taat kpd Allah. Dirawikan drp Ka'ab Akhbar, dia berkata; "Sesungguhnya Allah SWT tlh menciptakan bangunan dari zabarjud hijau. Di dalamnya terdpt 72 ribu aula. Setiap aula terdpt 70 ribu pondok. Tidak ada yg blh masuk ke situ, selain org yg ditawarkn barang haram, namun dia menolaknya krn takut kpd Allah."
6. Pada langkah (kakinya). Dia tidak berjalan utk maksiat. Tetapi hanya melangkah utk taat kpd Allah, mencari keredhaanNya serta utk bergaul dgn para ulama, org-org soleh.
7. Terlihat pada ketaatannya. Dia menjadikan ketaatannya semata-mata utk mencari keredhaan Allah. Takut pd riak & munafik.
Barangsiapa melakukan 7 perkara tersebut, maka dia termasuk dlm katogeri org-org yg dikatakan oleh Allah SWT;
"Sesungguhnya org-org yg bertaqwa dlm kebun-kebun & mata air (Syurga)."
(Q.S. Al-Hijr:45)

Wednesday, 4 April 2012
15 tanda kematian mulia
KEMATIAN Micheal Jackson (MJ) mengejutkan dunia. Dunia menangis kerana kehilangan seorang insan seni yang hebat.
Begitulah resam dunia akan mengenang selepas ketiadaan seseorang. Lagi banyak jasa yang ditinggalkan lagi ramai orang merasakan kehilangan kita.
Kali ini bukan kita nak bincangkan jasa MJ tetapi kita perkatakan mengenai kematian mengejut.
Itu yang patut kita tanya diri kita, bagaimana ketika kita mengakhiri kehidupan kita nanti dalam 'husnul khatimah' ataupun 'su'ul khatimah.'
Katanya, kematian MJ masih lagi menjadi teka-teki. Mati ketika yang tiada bekalan dan persediaan adalah amat menakutkan.
Pernahkah kita meminta supaya kita dimatikan dengan penutup yang baik 'husnul khatimah'?
Sebenarnya bukan kena minta sahaja tetapi kena buru dan kena cari. Kali ini kita bincangkan tanda-tanda mati husnul khatimah. Antara tanda mati husnul khatimah ialah:
1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga." (Hadis Riwayat Hakim)
2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: "Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya." (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas'ud)
3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
"Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur." (Hadis Riwayat Ahmad)
4. Mati syahid di dalam medan perang.
5. Mati dalam peperangan fisabilillah.
Rasulullah bersabda, maksudnya: "Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian?
Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.
Baginda bersabda: "Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit."
Kalangan sahabat kembali bertanya: "Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?"
Baginda menjawab: "Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid."(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)
6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:
Rasulullah bersabda, maksudnya: "Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim." (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)
7. Mati kerana tenggelam.
8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.
Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: "Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah." (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)
9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.
10. Mati terbakar.
11. Mati kerana penyakit busung perut.
Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu': "Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid." (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)
12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).
Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: "Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid." (Hadis riwayat Thabrani)
13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. "Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa'i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)
14. Mati dalam membela agama dan jiwa. "Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid."
15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur)."
16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah.

Monday, 2 April 2012
Hadis : Dengki Dan Irihati Biarlah Pada Tempatnya
Hadis :
Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: "Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain". Riwayat Hadith al-Bukhari
Huraian :
1. Islam melarang umatnya berperasaan hasad dengki dan iri hati melainkan kepada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kebaikan Sahaja.
2. Islam tidak membenarkan orang yang mengeluarkan hukum tanpa terlebih dahulu merujuk kepada al-Quran dan Hadith, sebaliknya melayani tekanan hawa nafsu dan kepentingan diri sendiri semata-mata.
3. Islam melarang umatnya berperasaan cemburu buta dan iri hati terhadap sesama manusia melainkan didalam dua perkara:
i) Merasa iri hati terhadap orang yang beramal dengan ilmu yang dipelajarinya serta mengajarkannya pula kepada orang lain.
ii) Orang yang dikurniakan harta dan membelanjakan hartanya itu dijalan yang diredhai oleh Allah.

Sunday, 1 April 2012
Hadis : Terima Undangan Dan Menerima Hadiah
Hadis :
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksid: “Sekiranya aku dijemput menghadiri sesuatu majlis mahupun kecil atau besar nescaya aku menerima jemputan tersebut dan sekiranya aku dihadiahkan sesuatu barang yang bernilai atau tidak nescaya aku menerimanya juga” Riwayat Hadith Al-Bukhari
Huraian :
1. Dalam kehidupan bermasyarakat, kita hendaklah menjaga hati dan perasaan orang lain agar hubungan silaturahim sentiasa terjaga selain dapat menghindari perselisihan faham yang mengakibatkan perbalahan dan perpecahan.
2. Rasulullah s.a.w contohnya tidak pernah menolak sebarang pemberian atau hadiah dan baginda juga tetap menerima apa juga bentuk jemputan tanpa membeza-bezakannya sama ada kecil, besar, kaya, miskin atau sebagainya.
3. Orang yang memilih- milih jemputan bagi sesuatu jamuan atau hadiah yang diberikan kepadanya adalah mempamerkan sifat orang yang sombong dan bongkak sedangkan sifat ini adalah sangat dilarang di dalam Islam.

Subscribe to:
Posts (Atom)