Tuesday, 2 October 2012

Mari Bertaubat… TAUBATANNASUHA



Apa itu ‘TAUBAT’?


TAUBAT adalah kembali kepada Allah setelah melakukan maksiat. TAUBAT marupakan rahmat Allah yang diberikan kepada hamba-Nya agar mereka dapat kembali kepada-Nya.

Bagaimana cara nak berTAUBAT?

Islam itu mudah, TAUBAT tidaklah semestinya kita duduk atas tikar sejadah, dimana-mana saja kita boleh TAUBAT setelah sedar daripada melakukan maksiat.

TAUBAT is simple. *yang PENTING kesungguhan kita untuk kembali kepada Allah.

First sekali MENYESAL dengan apa yang telah kita lakukan.

Next, TINGGALKAN semua perbuatan keji.

Next, BERAZAM sapaya tidak mengulangi lagi.

Next, jika kesalahan dengan manusia perlu minta maaf kepada tuannya.

Lastly, berdoa kepada Allah supaya tetapkan hati kita.
“Ya Allah, Tetapkanlah Hati Hambamu Yang Amat Lemah Ini, Beri Kekuatan Untuk Kepadaku Untuk Menghadapi Ujianmu Serta Berjihad Melawan Nafsuku, Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Kuasa Atas Segala Sesuatu”
         
--1--TAUBATlah, dengan beristighfar…


Rasulullah S.A.W. sendiri sentiasa beristighfar lebih 70 kali setiap hari sedangkan baginda merupakan seorang rasul yang maksum.


Malulah kepada Rasulullah, jika tidak mampu untuk istighfar sedangkan setiap hari kita membuat dosa.


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

“Sesungguhnya setiap penyakit itu ada ubatnya dan ubat kepada dosa ini adalah istighfar”


“Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.”(Riwayat Abu Daud)


--2--TAUBATlah, dengan medirikan solat sunat dua rakaat iaitu solat sunat taubat.

*sebaik-baiknya lakukan pada setiap hari dengan istiqomah.


Kenapa kita perlu berTAUBAT?

Kita masih diberi kesempatan untuk membaiki diri. Gunalah peluang keemasan ini. Kita tidak tahu bila ajal kita, maka kita perlu sentiasa bersiap sedia.

Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud : 
"Orang yang bijak adalah orang yang mempersiapkan dirinya dengan beramal untuk bekalan selepas matinya. Manakala orang yang tidak bijak adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan kemudian mengharap pertolongan Allah". (HR Tirmizi)

Manusia itu memang lemah. Tiada manusia yang tidak pernah melakukan dosa melainkan para rasul.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Setiap adam membuat kesalahan, dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah orang yang berTAUBAT”
Kadang-kadang kita telanjur membuat maksiat sedangkan kita telah pun berazam supaya tidak mengulanginya…. Jika perkara ini berlaku kita jangan putus asa untuk berTAUBAT “SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA PENGAMPUN”…. Itulah manusia, memang lemah… mintalah pertolongan Allah.

Dalam diri setiap manusia ada nafsu, melawan nafsu itu merupakan satu cabang daripada cabang-cabang jihad fi bilillah… so, janganlah kita putus asa untuk melawan nafsu. Ianya memang sukar bahkan ada ulama’ katakan  "Orang yang berjaya mengalahkan nafsunya lebih kuat daripada orang yang menaklukkan sebuah kota dengan seorang diri" 


Bila waktu kita perlu berTAUBAT?

Ada orang yang salah anggap yang berTAUBAT itu sekali seumur hidup iaitu TAUBAT nasuha.

Disebabkan anggapan inilah yang menyebabkan berlaku penangguhan untuk berTAUBAT. Dengan itu kita tidak mahu bertaubat takut mengulangi dosa yang sama.

TAUBAT itu bukan sekali seumur hidup tetapi setiap hari kita bertaubat. Oleh kerana manusia itu lemah dengan tidak sengaja kita melakukan dosa setiap hari.

Mungkin TAUBAT kali pertama tidak ikhlas, tetapi kita masih diberi peluang untuk kali kedua dan kali yang keseterusnya sebab ikhlas itu sendiri bukan perkara mudah, ianya agak sukar dan memang memerlukan masa untuk sempurna.



$$$ Untuk menyempurnakan TAUBAT, kita hendaklah:
- menambah ilmu.
- menambah amalan.
- sentiasa menambahbaikkan akhlak.
- maafkan kesalahan semua manusia kepada kita.
- mempunyai rasa sayang kepada semua orang.




Friday, 21 September 2012

Muwasofat Tarbiyyah


1. Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)

§     Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.
§     Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.
§     Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.


2. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)

§     Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.
§     Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.
§     Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).


3. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)

§     Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.


4. Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)

§     Walaupun kaya, perlu bekerja.
§     Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi.
§     Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.
§     Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).
§     Menjauhi riba dalam semua lapangan.
§     Menyimpan untuk waktu kesempitan.
§  Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.
§  Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.


5. Berpengetahuan luas (Mutsaqqafal Fikri)

§  Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.
§  Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.
§  Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.
§  Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kesah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.


6. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

§  Dakwah berat tanggungjawab dan tugas – perlukan badan yang sihat dan kuat.
§  Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : “Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan”
§  Pesanan al-Banna:
“Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan”


7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)

§  Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
§  Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.
§  Dai mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.


8. Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)

§  Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.
§  Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka “..Aku adalah makhluk baru.. menjadi saksi kepada manusia.”


9. Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syuĆ¢unihi)

§  Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan.
§  Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.


10. Berguna untuk orang lain. (NafiĆ¢un li ghairihi)

§  Da'i umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.
§  Da'i adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada dai.
§  Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.
§  Da'i merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.





Monday, 6 August 2012

Hadis : Malam Lailatul Qadar


Hadith :

Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “ Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.”


(al-Bukhari)


Huraian



  1. Malam Lailatul qadar adalah satu malam yang paling istimewa yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Ia merupakan satu malam yang penuh rahmat dan nikmat yang paling besar daripada Allah S.W.T.
  2. Umat Islam hendaklah mengambil peluang ini dengan berusaha bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadat di malam yang kesepuluh akhir bulan Ramadhan iaitu dengan mengerjakan sembahyang terawih, membaca Quran, berzikir dan sebagainya kerana sesungguhnya Allah S.W.T. akan memberi keampunan bagi mereka yang menghidupkan malam tersebut
  3. Lailatul Qadar adalah tanda kasihnya Allah kepada hambanya yang beriman dan beramal soleh yang beribadah semata-mata mengharapkan keredaan dan keampunan dari-Nya.
  4. Berlakunya malam Lailatul Qadar itu hanya Allah sahaja yang mengetahuinya, bila masa dan kepada siapa yang dapat dari kalangan hamba-hambanya yang dikehendakinya.